Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?
Kumpulan 6
- Siti Khairunisa Binti Sazali (02DLS18F1007)
- Siti Aisyah Binti Zainal (02DLS18F1042)
- Nur Hazirah Binti Ahmad (02DLS18F1032)
- Nurul Syuhadah Binti Mazlan (02DLS18F1075)
DEFINISI
-
Apakah yang dimaksudkan dengan dasar? Mengikut Kamus Dewan, dasar ialah asas, teras, panduan atau tujuan. Dasar mempunyai tujuan (Matlamat, Fungsi dan Tugas) demi kepentingan negara, agensi, unit atau pihak tertentu. Tanpa dasar (dan tujuannya) keadaan akan menjadi kelam-kabut dan tiada satu pun akan tercapai seperti yang diinginkan.1. Dasar ialah suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.2. Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau mendapatkan atau mencapai objektif.PENGENALAN
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1981) oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak . Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; danmempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-- penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
- pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.PERANAN DASAR EKONOMI BARU- Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk
mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.FAKTOR PENUBUHAN DASAR EKONOMI BARU-
Siapa sangka bahawa peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB.
- DEB merupakan
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun
1970-1990 melalui:
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )
- Bagaimanapun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.
ASPEK KEMISKINAN
-
- Aspek kemiskinan menjadi salah satu punca utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda Negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar Bandar, malahan di kawasan Bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama ialah:
- * Bencana alama
yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.* Kejatuhan barang eksport akibat kemelesatan ekonomi dunia.* Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran.* Corak pertanian tradisional, faktor-faktor social dan budaya.* Saiz isi rumah yang terlalu besar.
- Pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah DEB seperti:
-
* Mewujudkan
peluang pekerjaan kepada semua golongan, terutama yang
menganggur.
* Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
* Memodenkan kehidupan di luar Bandar
* Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan
Bandar dan luar
Bandar.
* Memperbaiki
taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan
infrastruktur dan lain lain.
1976
|
1987
|
1995
|
2000
|
|
Negeri
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Kuala Lumpur
Sabah
Sarawak
|
29.0
61.0
67.1
32.4
33.0
38.9
32.4
43.0
59.8
22.9
60.3
9.0
58.3
56.5
|
11.1
31.1
31.6
11.7
21.5
12.3
12.9
19.9
29.1
8.9
36.1
5.2
35.3
2.7
|
3.1
12.7
22.9
5.3
4.9
6.8
4.0
9.1
11.8
2.2
23.4
0.5
22.0
10.0
|
2.5
13.5
18.7
5.7
2.5
5.5
2.7
9.5
13.3
2.0
14.9
2.3
20.1
6.7
|
ASPEK PENYUSUNAN SEMULA
- melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama digubal sebagaimana berikut :
Meninggikan daya
pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses
memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.
Membentuk sebuah
masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera dalam semua
lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum bumiputera dapat menjadi
rakan seperjuangan kepada kaum bukan bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden.
Menambahkan
hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif Negara termasuklah pemilikan
saham dalam sektor syarikat supaya kaum bumipureta dapat memilik
sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan
bumiputera) dan bakinya rakyat asing.
Menyusun semula
corak guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat
melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum Negara
menjelang.
DEB berjaya mengubah hampir
keseluruhan sistem masyarakat majmuk di Malaysia DEB berjaya menjalankan
strateginya dalam menghadapi realiti perbezaan etnik dan dalam usaha
mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Hasilnya adalah positif
dan dasar ini berjaya mencapai perpaduan nasional melaui falsafahnya, iaitu: Pembangunan
Dengan Pengangihan Saksama.
- Peningkatan ekonomi Negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati inflasi berjaya dikekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun. Kadar kemisikinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada tahun 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990. Di samping itu, hak milik modal saham bumiputera meningkat daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990
ASPEK PENYUSUNAN SEMULA MASYRAKAT
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
Kepelbagaian tanaman diperkenalkan semasa Rancangan
Malaysia Kedua, menggantikan getah dengan kelapa sawit.
Matlamat utama:
- Dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbangan antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan.
Strategi yang dilakukan:
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
- Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974.
- Dalam tempoh RMK2, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut:
·
Pertanian – 25%
·
Pembuatan – 19.3%
·
Perdagangan – 14.4%
·
Perkhidmatan – 10.15%
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)
Matlamat utama:
- Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bendar-bandar baharu.
- Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan Negara.
Strategi yang dilakukan:
- Sebanyak 28 buah Bandar dibina di bawah rancangan KEJORA, KETENGAH, DARA pada tahun 1980.
- Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDI, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.
- Dilancarkan semasa Negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia.
Matlamat utama:
- Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar Bandar.
- Sektor baharu diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelabuhan modal.
Strategi yang dilakukan:
- Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
- Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.
- Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
- Memperkenalkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP).
KDNK berkembang pada kadar purata 5.8% setahun.
Pendapatan per kapita meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta
pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985. Selain itu, kereta
nasional pertama Proton Saga dikeluarkan.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
Matlamat utama:
- Mencapai perpaduan Negara.
- Mencapai objektif DEB.
- Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain.
- Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor eksport.
- Menggalakkan sektor pertanian dan luar Bandar.
Strategi yang dilakukan:
- Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
- Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran , pengurusan , keusahawan , pembinaan , perhotelan dan perkapalan.
- Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.
- Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
KESAN POSITIF DASAR EKONOMI BARU
- Kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera . Melalui pendidikan yang di terapakan telah memberikan impak yang positif hingga di mana bilangan professional Bumiputera telah bertambah.Peratusan graduan Bumiputera ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma Bumiputera ke puncak tertinggi juga meningkat.Kini terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital .Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun dahulu di mana hanya segelintir sahaja doktor pakar Bumiputera.Malahan kini banyak syarikat besar di Malaysia diketuai oleh golongan professional Bumiputera dan ramai juga mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara.
- Kejayaan Dasar Ekonomi Baru melalui pendidikan telah membawa kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak 70-an yang telah menyumbang kepada peluasan peratusan kelas pertengahan.Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi negara.Pada masa kini Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik hartanah , perunding perhubungan awam , pengurus dana dan perunding kejuruteraan . Inilah hasil daripada pendidikan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang melahirkan professional Melayu yang dihormati.Dalam erti kata lain Dasar Ekonomi Baru telah melahirkan golongan professional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat .
- Selain itu , kesan dari perancangan Dasar Ekonomi Baru melalui pendidikan telah Berjaya meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi . Menurut Khairy Jamaluddin iaitu Ahli Parlimen Rembau.Sehubungan itu , kemasukan pelajar Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang ditetapkan di bawah sistem kuota.Selain itu , kemasukan pelajar Melayu ke dalam kursus-kursus di IPTA juga meningkat.Negara juga mempunyai 18 instutusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk universiti Islam.Melalui Dasar Ekonomi Baru juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama.Selain menempatkan guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan yang sama seperti terdapat di bandar termasuklah infrasruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan.Segala ini diambil kira bagi mewujudkan medan persaingan menjadi lebih rata dan peluang anak Melayu untuk Berjaya dapat ditingkatkan.Negara Malaysia kini mempunyai sekolah Bestari di mana menurut Dato Najib Tun Razak .
- Antara tujuannya adalah untuk menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan berteknologi. Selain itu juga betujuan untuk mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk belajar. Maka dengan ini terbuktilah bahawa Dasar Ekonomi Baru mampu memainkan peranan dalam pendidikan apabila kejayaan demi kejayaan telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia .
KESIMPULAN
Pengalaman dan sejarah menunjukkan negara berjaya mengukuhkan asas
pertumbuhan ekonomi negara. Proses meningkatkan ekonomi ini perlu dilakukan
secara berterusan terutama untuk memenuhi hasrat dan inspirasi negara mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.
RUJUKAN
RUJUKAN
-
LAMPIRAN




